Enggan Berpindah Ke PPS, Bayi ‘Pergi Selamanya’ dlm Banjir. Lagi mnyedihkn ini keadaan ank saat ibu temui

Dengan situasi banjir yang semakin memburuk di Kelantan dan Terengganu, jumlah penduduk terlibat kian meningkat kepada lebih 80,000 orang. Apa yang lebih merisaukan, terdapat sesetengah pusat perlindungan sementara (PPS) juga sudah mula dinaiki air.

Pun begitu di beberapa kawasan terjejas, rupanya masih ada segelintir orang enggan berpindah keluar dari rumah mereka. Penjaga enggan berpindah ke PPS, terus tinggal di tingkat 2.

Malang tidak berbau. Sebuah keluarga di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat, Tumpat bagaimanapun terpaksa menelan hakikat pahit mengenai pemergian bayi mereka yang berlaku tanpa diduga dalam kejadian pada Khamis, jam 10.30 malam lalu.

Difahamkan, rumah setinggi dua tingkat itu sudah dinaiki air. Namun mereka enggan berpindah ke PPS dan memilih untuk tetap berlindung di tingkat atas.

Cuba cari di bilik tapi tiada, rupanya anak sudah tercampak dalam air banjir

Sewaktu tersedar daripada tidur, si ibu cemas apabila mendapati bayinya tidak berada di sebelahnya. Apabila dicari, rupanya anak kecil itu dijumpai dalam keadaan terapung dalam air banjir di tingkat pertama kediaman tersebut.

Dengan bantuan jiran, budak itu segera dibawa ke pusat rawatan menaiki perahu. Namun segala-galanya sudah terlambat.

 

Disebabkan kedegilan ibu bapa,banak yang tanggung kesannya.

Akibat kedegilan sebegitu, akhirnya berlaku kejadian yang amat memilukan. Justeru pihak berkuasa mengingatkan penduduk terjejas untuk segera berpindah ke kawasan lebih selamat hatta air banjir baru menaiki halaman rumah sekalipun.

Jika tetap berkeras mahu menunggu ke paras berisiko, dikhuatiri keadaan akan menjadi lebih getir.

Sumber : kisah dunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.