5 Selebriti Malaysia Ini Mirip Muka Selebriti Antarabangsa

Kelima-lima selebriti Malaysia ini bukan sahaja menawan tetapi berbakat hingga muka mereka dibandingkan oleh peminat kerana mirip dengan muka selebriti antarabangsa.

Seseorang yang iras wajah kita mungkin wujud di dalam dunia ini dan ada yang mengatakan ada tujuh orang yang mempunyai kebarangkalian mempunyai wajah seiras. Ianya boleh dikatakan agak mengujakan jika melihat diri sendiri mempunyai mirip seseorang apatah lagi jika ianya seorang yang ternama atau terkenal.

Benarlah kata orang tua-tua, dalam dunia ini akan ada tujuh orang muka hampir sama dengan kita. Samada ia satu kebetulan atau memang anda punya pertalian saudara dengannya. Baru-baru ini, saya lihat ada antara selebriti tempatan kita semakin rancak bergaya persis artis luar negara. Jom, kita lihat siapakah antara gerangan artis tempatan hampir mirip dengan bintang antarabangsa.

Setiap orang punya iras wajah orang lain di dunia ini. 5 selebriti Malaysia yang mirip muka selebriti antarabangsa.

Shiha Zikir & Dato’ Sri Rossa

Sebulan yang lepas, Shiha berkongsi momen dengan memuat naik video dirinya bertemu dengan Dato’ Sri Rossa selepas habis penggambaraan. Pertemuan penyanyi negara seberang bersama pelakon telefilem Cik Diva Balik Kampung itu mendapat pelbagai reaksi rakan selebriti serta peminat yang ‘keliru’ dengan mereka yang sangat mirip umpama kembar.

Kehadiran Rossa ke Malaysia bertujuan untuk menghadiri sebuah acara pelancaran konsert dan album baharunya, Another Journey The Beginning yang berlangsung di The Curve, Damansara.

Nadiya Nisaa & Zoe Kravtz

Jika diteliti, keduanya merupakan pelakon yang hebat dan berbakat, memiliki garis rahang yang sama dan pembawakan watak wanita yang kuat.

Harris Baba & Zayn Malik

Khawaja Mohammad Harris Baba, atau lebih dikenali Haris Baba merupakan penyanyi, model dan pelakon lelaki Singapura yang kini bergiat aktif sebagai selebriti Malaysia. Pelantun lagu ‘Katakan’ ini dikatakan mirip seperti Zayn Malik. Bakat keduanya juga mirip dimana keduanya menyanyi dengan merdu dan pandai menarik nafas suara yang panjang dan nyaring.

Ziana Zain & Jennifer Lopez

Kedua biduanita negara ini sememangnya telah banyak menyumbangkan jasa sebagai seorang selebriti di negara masing-masing. Salah seorang peminat mengatakan, Donna Yvonna “Ziana dan Jennifer bukan saja memiliki muka iras..tapi kedua-duanya juga mempunyai kehidupan yang lebih kurang sama, dan memiliki anak kembar lelaki dan perempuan“.

Amyra Rosli & Nia Ramadhani

Pada tahun 2018, Amyra bersama suaminya, Amar Baharin berserta anak mereka, Aqeef Anaqi sedang bercuti di Kota London menghabiskan masa bersama setelah habis penggambaran. Siapa sangka, Amyra secara tidak sengaja berjumpa pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang turut bercuti disana bersama keluarganya. Pertemua yang tidak disangka itu menarik perhatian peminat kerana kedua mereka tidak tumpah mirip seperti adik beradik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*