Netizen terkejut datin patimah komen isteri kedua perampas macam tuju dekat adira

Kuala Lumpur – Isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail tampil memberi penjelasan setelah satu komen yang ditinggalkan di sebuah portal hiburan telah disalah erti oleh sesetengah pihak.

Dalam hantaran tersebut, Patimah dilihat meninggalkan komen“isteri pertama susah senang yang kedua dah rampas’ di satu artikel berkaitan seorang penyanyi dan bekas suami yang kembali hangat bercinta.

Ujar ibu kepada pengarah Syamsul Yusof itu, komen itu sebenarnya berkisar hal menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Saya tak maksudkan sesiapa selain apa yang berlaku kepada menantu saya.

Artikel asal itu kemudiannya menimbulkan teka-teki dan rata-rata netizen meneka ia ditujukan buat Adira dan bekas suami, Datuk Red.

Terdahulu, Datuk Red ketika dihubungi berkata, perpisahan yang berlaku  memberi ‘tamparan hebat’ kepada dirinya untuk memperbaiki hubungan rumah tangga yang pernah mereka bina sebelum ini.

“Hidup saya lebih indah sekarang. Saya tak berhenti tersenyum bahagia, Alhamdulillah.

“Perpisahan yang berlaku mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Adira nampak segala perubahan yang cuba saya lakukan sepanjang dalam tempoh perceraian ini.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan adik-beradiknya, mereka bersetuju untuk kami kembali bersama.

“Jika tiada aral melintang, saya akan memperisterikan semula Adira pada Aidilfitri tahun depan. Saya ambil masa ini kerana nak selesaikan hutang-hutang saya dahulu,” katanya.

Menurut Datuk Red, dia berasa kesal apabila ada pihak mendakwa dirinya sengaja mahu menyingkirkan bekas isteri pertamanya dikenali Datin Red dengan perpisahan yang berlaku ini.

Kredit : OM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*