Ini respon siti elizad lepas netizen kecam kenapa biar suami orang sentuh dia

GARA-GARA babak ‘skin to skin’ bersama pelakon Amar Baharin, pelakon Siti Elizad teruk ‘dibantai’ netizen yang tidak senang dengan perkara tersebut.

Ini kerana ramai merasakan baik Amar atau Elizad tidak sepatutnya bersentuhan walaupun hanya lakonan kerana masing-masing sudah berkahwin.

Menjawab mengenai perkara itu, Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, berkata, dia tidak mengetahui namanya sedang menjadi bualan ramai kerana tidak membuka media sosial.

Antara babak yang menjadi bualan netizen.

“Kalau pihak mStar tak hantar saya pun tidak tahu mengenai perkara ini.

“Saya bila berkerja saya memang tidak membaca sebarang komen,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Elizad berkata, dia belum bersedia memberi sebarang kenyataan memandangkan baharu lima hari menjalani penggambaran drama berkenaan.

Bagaimanapun, dia berlapang dada dengan segala komen negatif daripada netizen.

“Saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini tapi saya berharap orang ramai menonton dahulu drama itu.

“Saya faham ini bab agama. Apa-apa pun saya anggap ini sebagai teguran dan berlapang dada dengannya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, tular di TikTok yang memaparkan Elizad bersama Amar, 39, sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri.

Menerusi video yang dimuat naik penerbit drama tersebut, Elizad dilihat menangis selain wajah dan tubuhnya disentuh Amar yang dipercayai untuk menenangkannya.

Perkara itu mengudang rasa kurang senang ramai memandangkan masing-masing berstatus suami dan isteri orang selain Elizad juga mengenakan tudung.

Kredit : Mstar