Manfaat amalan berjalan 10,000 langkah sehari

Jika anda tidak mampu melakukan senaman berat seperti berlari, berjalan kaki adalah senaman terbaik yang tidak memerlukan banyak modal dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan anggota badan.

Fakta Infosihat menunjukkan:

Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
Apabila berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.
Dengan secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten mampu memberi manfaat kepada kesihatan seperti:

Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
Mengurangkan stres dan kemurungan kerana ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.
Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.
Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.

Tetapi perlulah dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul supaya anda akan dapat meningkatkan tahap kesihatan secara optimum:

Tegakkan postur badan

Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.

Ayunkan tangan

Dengan mengayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan.
Luruskan bahagian belakang badan
Untuk memastikan anda berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan dan pandang ke hadapan.

Kawal pernafasan

Semasa berjalan pastikan pernafasan sentiasa teratur. Sekiranya berasa nafas semakin tercungap-cungap, anda perlu mengurangkan kelajuan dan berhenti berjalan.

Tetapkan sasaran

Untuk membuatkan aktiviti berjalan anda seronok tetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.

Gunakan pedometer atau gajet pemantau kesihatan seperti jam pintar

Alat ini mengukur langkah kaki yang diayun. Alat yang diletakkan pada bahagian pinggang dan pergelangan tangan akan mengira berapa langkah kaki diayun pada setiap hari.

Selamat memulakan 10,000 langkah setiap hari untuk mendapat tahap kesihatan yang lebih baik.

Ayuh jadikan berjalan 10,000 langkah sehari sebagai budaya hidup sihat.