Wanita kongsi menguap banyak kali semasa sedang mendaki tanda seseorang itu kurang oksigen

Aktiviti mendaki kini agak popular di kalangan generasi muda dan golongan pertengahan usia.

Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secara aktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi.

Mendaki cukup popular di dunia Kategori:Organisasi mendaki. Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga mendapat kesan negetif.

Kebiasaannya, ramai yang akan beriadah melakukan pendakian secara berkumpulan. Untuk melakukan aktiviti ini, seseorang itu perlu sihat, bertenaga dan memiliki cukup stamina untuk mendaki.

Baru-baru ini, tular dalam satu ciapan di Twitter X yang memaparkan seorang wanita berkongsi telah menguap banyak kali semasa mendaki dan ia telah menarik perhatian.

Katanya, apabila seseorang telah menguap berkali-kali ketika mendaki, itu tandanya dia mengalami kekurangan oksigen.

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu berkongsi tangkap layar mengenai pengalaman orang lain menguap banyak kali semasa mendaki.

Rupa-rupanya, banyak kali menguap semasa mendaki atau memandu tanda seseorang itu kurang oksigen.

Wanita itu menasihatkan supaya anda yang terlibat dengan banyak menguap perlu berhenti berehat dan minum air sebelum meneruskan perjalanan.

Semoga info yang diberikan bermanfaat.